Cart
0

Tentang Kami

AZ Tech Marketing merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak tahun 2018 dan beroperasi di bawah jenama perniagaan AZ Mobile.

Berbekalkan lebih enam tahun pengalaman dalam industri, kami terus berkembang dan berusaha untuk menjadi pilihan utama pelanggan dalam penyelesaian masalah telefon pintar di Malaysia.

Sejak penubuhan, AZ Mobile komited untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, pantas dan dipercayai kepada pelanggan. Dengan tenaga kerja yang berpengalaman serta penggunaan alat ganti tulen dan berkualiti tinggi, kami memastikan setiap peranti yang diservis mencapai tahap kepuasan pelanggan yang optimum.

Berbekalkan lebih enam tahun pengalaman dalam industri, kami terus berkembang dan berusaha untuk menjadi pilihan utama pelanggan dalam penyelesaian masalah telefon pintar di Malaysia.

VISI

Menjadi pusat utama penyelesaian masalah telefon bimbit yang dipercayai dan inovatif, dikenali kerana kecemerlangan perkhidmatan dan kepuasan pelanggan.

MISI

Penyelesaian Berkualiti

Menyediakan perkhidmatan pembaikan telefon bimbit dengan tahap kecemerlangan dan kualiti yang tinggi, menggunakan alat dan teknologi terkini.

Kepuasan Pelanggan

Memberikan pengalaman pelanggan yang memuaskan melalui layanan yang mesra, pantas dan profesional, memastikan setiap pelanggan merasa dihargai dan didengari.

Inovasi dan Kemajuan

Sentiasa mengemaskini pengetahuan dan kemahiran kami tentang teknologi telefon bimbit terkini bagi menawarkan penyelesaian yang efisien dan up-to-date.

Kepercayaan dan Integriti

Membangun reputasi sebagai syarikat yang boleh dipercayai melalui amalan perniagaan yang jujur, telus dan beretika dalam setiap interaksi serta transaksi.

Moto

Perkhidmatan Terbaik

untuk telefon anda

Nilai Bersama
AZ Tech Marketing

Kepercayaan & Ketelusan

Kami sentiasa memberikan maklumat yang jujur dan tepat kepada pelanggan.

Kualiti & Profesionalisme

Komited untuk menawarkan perkhidmatan pembaikan yang berkualiti tinggi dengan layanan yang profesional.

Pelanggan Diutamakan

Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami, dengan perkhidmatan yang cepat, mesra dan boleh dipercayai.

Inovasi

Kami sentiasa mengikuti perkembangan teknologi semasa bagi menyediakan penyelesaian terbaik dan terkini.

Tanggungjawab Sosial

Kami berusaha untuk menyumbang kepada kelestarian alam sekitar melalui amalan pembaikan dan pengurusan elektronik yang bertanggungjawab.
Shopping Cart